MUKADIMAH

Selamat berkunjung ke "Unknown's blog". Blog yang dihandle-kan oleh seorang pengkritik tak profesional dan agak macho. Banyakkan membaca, banyakkan mengkritik. Hidup anda akan penuh dengan tanda "?" So, kalau suka datang lagi, kalau tak suka... SUDAH!
TERUSKAN MENGEJAR CITA-CITA KORANG, JANGAN PEDULIKAN KATA KURANG MANIS ORANG LAIN.KORANG YANG NAK BERJAYA, BUKAN SAMPAH-SAMPAH MASYARAKAT TU

Anda pencinta blog?

Tuesday, December 3, 2013

My Everything

Assalamualaikum

bulan yang memboringkan tanpa kerja. Ceh! "My Everything" tajuk gempak siot, isi tak tahu lahh.Tersirat tahu tajuk entry ni. Act wa nak korang tahu something. Tahu mende? Wa dah cukup umur la, tapi bukan hari ni, 22 NVM hari tu. 2 hari sebelum wa join "kem".....yeee, guwa still kanak-kanak. Tapi tak sampai tahap ribena okeyhh.

Kem dekat "slang", so slang wa pun kena ubah secara manualnya kalau ad dekat sana. Yelah, dorang cakap keyyyyel okehh! Wa anak jati Cheh Cha.. Tau menda? Google ah. Kat sana banyak jugak sasterawan yang wa jumpa, tapi tak pernah nak borak f2f la. Untuk pengetahuan u'olls, wa memang seorang yang pemalu a.k.a segan tahap cipan nazak. Puihhh!!!!

Peringkat Kebangsaan. Wa highlightkan tuh. Anak-anak remaja yang masih bersekolah, tolong jeles eh. Siap masuk tv3 (hehehe). Ramai juga girls yang ada dekat sana, meleleh kalau tengok. Lemah lutut kot. Macam wa cakap, wa ni memang segan. So, dari a-z perempuan yg pelbagai spesies(perangai) guwa langsung tak tegur. Bukan nak menyombong, tapi dah..... tak tau nak cakap. MEMANG MALU LAH. Yang kenal wa punya sifat,ciri-ciri, lagi ap? Dorang tahu la cenna. Yang tak kenal tuh, mohon tanamkan hasrat untuk berpatah balik.. berpatah balik? Ye, tak payah nak paham wa punya perangai. Buang karan jaa.

5 hari 4 malam. Ha'a... Masa yang banyak wa habis tadahkan telingaa untuk bermacam sesi. Act, tak pun. Wa banyak menyembang|tido|belasah gula-gula yg ada atas meja sampai kering|layan Twitter. That's all kerja kureng hasam wa. Sejahat-jahat wa, dapat juga ilmu yang disampaikan. Macam wa cakap dekat entry sebelum ni, " MACHO BUKAN SEBARANG MACHO, MACHO WA AD NILAI "

Nak tahu apa guwa dapat? Guwa dapat buat Puisi doh.. Gila jambu kan guwa. Hehe, jambu bahasa takpa. Jangan jambu perilaku. Wakakakaka. Act, benda ni datang mengejut. Memang guwa sebelum ni dah perah dari basah sampai kering kot sel-sel otak guwa. Walaupun tak boleh sebenarnya. Act, ad gambar yang wa nak tunjuk korang. Tapi macam terlalu awal, so lupakan hasrat yang guwa nk tunjukkan tu. Yela, wa new blogger. Pasal gambar korang tahan dulu eh nafsu tuh.

Cerita Sedekad
Hadirmu tanpa kusedari
Mengisi kekosongan hati
Perasaan yang lama aku impi
Tahu saja engkau untuk penuhi

Terima kasih
Terima  kasih kerana memenuhi permintaan hatiku
Hanya hati kecil ini sahaja yang memahami perilaku
Perilaku yang dahsyat tanpa kaku

Tak ku sangka tak ku duga
Kekecewaan yang terpendam dihati dan minda
Lebih sedekad tidak diteroka
Akhirnya musnah sama sekali dek kehadiran intan permata

Syukur pada yang Maha Esa
Aku diberi peluang untuk mengubat hati yang lara
Aku bersumpah tidakk rela
Tidak rela meninggalkan manusia pengubat jiwa


Jambu siot, jambu takda tahap.. Serius malu. Wa sebenarnya takda lah "kaya" sangat, Kaya bahasa, bukan apa yang korang pikir lah. Tapi wa tak jatuh sampai tahap "papa bahasa" lagi. Karya buruk yang wa kutip ni takda proses pemeraman. Untuk korang tahu sebuah puisi/sajak yang ada dalam silibus buku teks sekolah korang sebenarnya banyak proses untuk bina. Haha, kan wa dah bagi tahu, walaupun wa banyak tido dalam kelas. Wa still dapat kot apa yang disampaikan. Bajettt....


-Segala typo yang telah dibuat secara sengaja atau tidak sengaja, harap dimaafkan. Setiap manusia ada kesilapan,kekurangan,kehebatan, mahupun kelebihan. Maybe wa ad something yang wa tak tahu. Depends kepada individu untuk menghakimi seseorang yang lain. Itu hak diorang, dan diorang dah banyak menghabiskan masa diorang sendiri untuk mencari kesalahan wa, mahupun korang. So, yang tak kena, harap tegur, yang overrrr tuh, lantak dorang jee. :D

Sunday, December 1, 2013

Starting.... Short Update

Salam dihulur buat readers yang sudi baca posting wa yang buat kali pertamanya. Tanggal 1 December 2013 bersamaan 28 Muharram 1435, "Unknown's Blog" telah mengambil keputusan untuk post something yang .. eeiuuu jerk! Over k. 

Wa sebelum ni pernah ada blog, juga blog yang tak femes.. Yelah, sapa nak usya blog wa, dah la tak hensem.. tak femes pulak. Btw wa ada Twitter dan Facebook yang u'olls boleh singgah. Blog yang gua bina sebenarnya hanya untuk "suka-suka". Nothing special here.

InsyaAllah blog yang wa handle akan sentiasa hidup dan bernyawa. Okeh untuk penjelasa kenapa letak nama blog yang ntah apa-apa tuh, wa sebenarnya dah kering idea takda tahap kalau nak tahu. Memang tak lah nak letak nama jambu-2, sebab wa ni macho kata orang? Kata orang lah~ Bagi wa, no comment kalau tengok muka sendiri kat cermin, hensem jugak!Anyway, add lah Fb gua or follow up je Twitter buruk wa tuh. Kalau taknak takpe, jeling-jeling sudah laa. :D 

1 December 2013, lagi sebulan dah nak masuk tahun baru, untuk pengetahuan,kita dah lama masuk tahun baru. Ye! Tahun baru Islam. Bulan Muharram, bulan penghijarah Nabi Muhammad SAW serta kaum Muhajirin dari kota Mekah ke kota Madinah. Tediaaaaa, tau habis aihh! Macho bukan sebarang macho k. Macho gua ada nilai. Hehe..